Wednesday, 2 November 2011

Mengenal Bentuk Pecahan

Nama-nama pecahan.

1.  Pecahan  Setara.

Pecahan setara bermaksud, kedua-dua pecahan memiliki nilai yang sama yang mengekalkan integriti yang sama - Perimbangan dan perkadaran yang sama.

 Contohnya   : 1/2,  2/4, 3/6, 4/8, 5/10,  dan  10/20. kesemuanya adalah pecahan setara.

2.  Pecahan  Wajar.
  
Pecahan wajar ialah apabila nilai pengangkanya lebih kecil daripada penyebut.

Contohnya 2, 4, 5, 7 dan  8
                          5  7  8  9        10

3.  Pecahan Tak Wajar.

Pecahan tak wajar ialah apabila nilai pengangkanya sama atau lebih besar daripada penyebut.

Contohnya  :   2 , 4 , 5 , 7 , 8 ,  dan   10
                        2   3   4   5   6              9

4.  Nombor  Bercampur.

Nombor bercampur ialah campuran daripada Nombor Bulat dan Pecahan Wajar





Cara Penukaran Pecahan

1. Penukaran pecahan wajar kepada pecahan setara.

Dengan mendarab pengangka dan penyebut sesuatu pecahan dengan nombor yang sama (bukan sifar), hasil pecahan yang baru adalah setara dengan pecahan asal. Perkataan setara di sini bermaksud, kedua-dua pecahan memiliki nilai yang sama yang mengekalkan integriti yang sama. 

Contohnya, untuk pecahan 1/2 apabila kedua-dua pengangka dan penyebut didarab dengan 2, hasilnya adalah 2/4, yang memiliki nilai yang sama  dengan 1/2

Contoh  :   1    =    1    X   2   =   2
                 2          2    X   2        4

                 3   =    3   X    2      =   6  
                 6         6   X    2           12

2.  Penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. 

Tip  :   Perlu lakukan Operasi Bahagi.









3.  Penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar.

Tip  :   Perlu lakukan operasi  Darab dan Tambah. Kemudian Per nombor   penyebut. 

 Contoh  :

Tuesday, 1 November 2011

Mengenali Pecahan


Sebiji kek dengan suku (satu perempat) darinya telah dipotong, meninggalkan lebihan tiga perempat.


 Pecahan adalah wakil suatu bahagian daripada keseluruhan suatu benda.

Pecahan ini terdiri daripada satu pengangka dan satu penyebut, pengangka mewakili beberapa bahagian sama dan penyebut menunjukkan berapa banyak bahagian-bahagian tersebut yang membentuk keseluruhan.

Setiap pecahan mempunyai  2  bahagian, iaitu  :  "Pengangka"  dan  "Penyebut".

Sebagai contoh dalam pecahan 3/4, pengangka, 3, menunjukkan 3 bahagian sama, sementara penyebut, 4, menunjukkan yang 4 bahagian yang membentuk keseluruhan.
( Sebutannya   :  tiga per empat )
`

Saturday, 15 October 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum buat pembaca yang disayangi.Saya baru sahaja mewujudkan blog ini dengan harapan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat.Tugas sebagai guru bukan sahaja sebagai pendidik,pembimbing,pengajar tetapi juga pemberi maklumat dan kemahiran.Semoga blog ini dapat membantu melahirkan modal insan yang berguna.

LAMAN MATEMATIK : Laman ini dibina sebagai rujukan para pelajar  Sekolah Rendah untuk mengenali nama-nama pecahan yang perlu diketahui sebagai persediaan menghadapi UPSR nanti bagi mereka yang berada di mana-mana di Malaysia.